Hebahan Terkini

SEDANG BERLANGSUNG LIVE STREAMING - ISTIADAT KONVOKESYEN SIDANG 4 - 2.00 PETANG- GRADUAN JABATAN PERDAGANGAN & JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN, POLITEKNIK UNGKU OMAR & JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN, POLITEKNIK BAGAN DATUK

Kemaskini: 5/12/2021

Saksikan majlis Istiadat Konvokesyen secara live streaming melalui saluran berikut:

Web Portal Konvokesyen (bagi yang mendaftar)

Web Portal Konvokesyen (link umum bagi yang tidak mendaftar)

Facebook

Youtube

MAKLUMAN SALURAN LIVE STREAMING & SUSUNAN SIDANG UNTUK MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN PADA 4 & 5 DISEMBER 2021

Kemaskini: 3/12/2021

Saksikan majlis Istiadat Konvokesyen secara live streaming melalui saluran berikut:

Web Portal Konvokesyen (bagi yang mendaftar) - https://politeknikungkuomar.my

Web Portal Konvokesyen (bagi yang belum mendaftar) - https://politeknikungkuomar.my/Link/livekonvo

Facebook - https://www.facebook.com/politeknikungkuomar.my

Youtube - https://youtube.com/channel/UCafybzzBPGsy_gEY-ckI_sw

Susunan sidang dan jabatan adalah seperti berikut:

4 Disember 2021

Sidang 1 - 8.00 pagi- Graduan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Sidang 2 - 2.00 petang- Graduan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi & Jabatan Kejuruteraan Elektrik

5 Disember 2021

Sidang 3 - 8.00 pagi- Graduan Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Jabatan Kejuruteraan Awam

Sidang 4 - 2.00 petang- Graduan Jabatan Perdagangan & Jabatan Kejuruteraan Perkapalan, Politeknik Ungku Omar & Jabatan Kejuruteraan Perkapalan, Politeknik Bagan Datuk

SIDANG MEDIA MENTERI KESIHATAN BERKAITAN PENEMUAN VARIAN BARU COVID-19 - OMICORN - DI MALAYSIA

Kemaskini: 3/12/2021

Sidang media daripada Menteri Kesihatan Malaysia berkaitan penemuan varian baru Covid-19 iaitu Omicorn di FB - https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=442217837314968 dan juga berita di Astro Awani - https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-kes-pertama-varian-omicron-dikesan-di-malaysia-334267

FUNGSI TAMBAHAN APLIKASI AR - MENGAMBIL GAMBAR AR BERSAMA KELUARGA

Kemaskini: 21/11/2021

Fungsi aplikasi AR telah ditambahbaik dengan penambahan fungsi mengambil gambar AR bersama keluarga. Sila ikuti video tutorial penggunaan aplikasi AR untuk mengambil gambar bersama keluarga di dalam menu Download AR App.

KEMASKINI APLIKASI AR CONVO PHOTO

Kemaskini: 21/11/2021

Butang Kawalan Warna Tangan Aplikasi AR Convo Photo telah dikemaskini dengan penambahan butang untuk mengawal warna tangan.

KEMASKINI ALAMAT TERKINI GRADUAN MELALUI PROFIL GRADUAN

Kemaskini: 21/11/2021

Semua graduan boleh membuat kemaskini alamat terkini melalui web portal di menu Profile Graduan bagi urusan pengeposan transkrip sijil.

TARIKH AKHIR GRADUAN MEMUAT NAIK GAMBAR AR CONVO PHOTO

Kemaskini: 12/11/2021

Perhatian kepada semua graduan, tarikh akhir untuk graduan memuat naik gambar AR Convo Photo adalah pada 14 November 2021. Sila pastikan gambar AR yang diambil mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam manual pengguna dan video tutorial.

VERSI IOS UNTUK AR CONVO PHOTO APP BOLEH DIMUAT TURUN SEKARANG

Kemaskini: 12/11/2021

Aplikasi AR Convo Photo versi IOS telah siap dan boleh dimuat turun oleh graduan. Sila ke web portal dan login untuk memuat turun aplikasi tersebut atau ke Apple Store dengan menaip kata kunci carian "AR Convo Photo".

CONTOH GAMBAR AR GRADUAN YANG DIMASUKKAN KE DALAM SKRIN VIDEO KONVOKESYEN

Kemaskini: 10/11/2021

Untuk semua graduan, sila pastikan gambar AR yang diambil adalah mengikut arahan penggunaan dan video tutorial yang telah diletakkan di dalam web portal pada halaman Download AR App. Gambar AR graduan yang di muat naik tersebut akan dimasukkan ke skrin tayangan video Konvokesyen nanti. Gambar dibawah adalah contoh gambar AR yang diambil mengikut arahan penggunaan AR App dan tidak mengikut arahan penggunaan AR App.

PERMAKLUMAN TAMBAHAN BUAT SEMUA GRADUAN

Kemaskini: 07/11/2021

Bayaran konvokesyen telah ditetapkan pada kadar RM150 keseluruhan bagi yang hadir ataupun tidak. Sekiranya graduan bercadang untuk mengambil sijil secara terus bayaran tetap sama. Pihak pengeluar sijil hanya akan mengendalikan dan menguruskan sijil dan transkrip graduan yang hadir manakala bagi graduan yang akan mengambil sijil dan transkrip secara terus akan diuruskan selepas selesai urusan graduan yang hadir tersebut, jangkaan awal tahun 2022.

Bagi graduan yang belum menjelaskan sebarang bayaran, graduan perlu daftar, memuat turun aplikasi AR-Photo dari dalam portal dan memuat naik gambar terbaik dari aplikasi berkenaan ke profail konvokesyen masing-masing. Semua urusan ini tidak memerlukan bayaran tetapi graduan perlu memastikan jumlah bayaran RM150 dibayar untuk menerima sijil dan transkrip berkenaan.